Daripada Abdullah bin Abi Aufa katanya: Rasulullah SAW bersabda: ” Sesiapa berhajat kepada Allah atau seseorang daripada anak Adam hendaklah dia berwuduk dengan sebaik-baik wuduk, kemudian solat dua rakaat. Selanjutnya memuji Allah dan membaca selawat ke atas Nabi SAW kemudian membaca:
” Tiada Tuhan kecuali Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mulia. Maha Suci Allah Tuhan Arsy yang agung. Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Aku memohon rahmat dan ampunan Mu, memohon keberkatan daripada setiap kebaikan dan keselamatan daripada setiap dosa. Janganlah Engkau biarkan dosa ku kecuali Engkau ampuni, jangan Engkau biarkan kesedihan ku kecuali Engkau beri jalan keluar dan janganlah Engkau biarkan hajatku yangEngkau redhai kecuali Engkau penuhi wahai Tuhan Yang Maha Penyayang di antara yang penyayang.” (HR Tirmizi)
No comments:
Post a Comment