Ayat 26-27 Surah Ali Imran ini adalah amalan yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. kepada Saidina Muaz Bin Jabal r.a. bagi melunaskan hutang-hutang yang ditanggungnya.
Menurut sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh al- Tabrani dengan sanad yang jayyid dlm Bab Doa, Muaz r.a.pernah mengadu kepada Nabi s.a.w. tentang hutangnya kepada seorang Yahudi. Nabi s.a.w. lantas mengajarnya membaca ayat ini…
Surah Al-imran Ayat 26-27:
Amalkan membaca ayat ini sebelum tidur. Mudah-mudahan mendapat jalan untuk menyelesaikan bebanan hutang. (Al Durrul Manthur, tafsir ayat 26-27, surah Ali-Imran)
(dipetik dari buku 101 Doa Para Nabi & Rasul Dalam Al-Quran Khasiat dan Kaifiat Beramal – Ustaz Hj Zahazan Mohamed)
Adalah lebih baik lagi jika ayat 26-27 Surah Ali-Imran ini di jadikan amalan seharian dengan di baca dengan bilangan ganjil pada waktu pagi dan petang di dalam dan diluar solat sunat dan fardu. Jika ingin membaca ayat ini dalam solat, baca ayat ini pada rakaat pertama dan baca ayat 128-129 surah at-taubah sebanyak 7 kali pada rakaat kedua. Doa murah rezeki dibaca selepas solat.
Audio Surah Ali-imran Ayat 26-27:
No comments:
Post a Comment